Monday 24 September 2012

Oopps sakit belakang...

As salam pembaca semua...

Kali ini saya nak bercerita tentang punca-punca sakit belakang.Mentang2 la start pakai PB bila diserang sakit belakang baru ada kesedaran dalam diri untuk alert tentang semua ni.Sebelum ni xpandang langsung artikel berkaitan ni...tapi bila dah kena baru nak terhegeh2 cari pasal sakit belakang kan...tabiat manusia...


                                
             
                             mesti kita selalu rasa macam ni kan terutama lepas duduk terlalu lama. Situasi macam ni selalunya kat ofis la.tak kira lelaki atau wanita


Ramai sebenarnya yang masih tidak tau apa yang dilakukan dalam seharian boleh menjadi punca kepada sakit belakang. Moh kita check sama2 samada apa yang kita lakukan hari2 berkait tak..
 
Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
  1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik  sesuatu. (saya la tu ) 
  2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.  (saya lagi)
  3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat. (selalu bila balik kg maklum orang teganu)
  4. Berdiri terlalu lama. (yang ni jarang tapi org lain mungkin)
  5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang. (jarang juga)
  6. Duduk membongkok di kerusi. (selalu sangat tanpa sedar)
  7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin. (selalu juga..kadang tu tanpa sengaja)
  8. Memakai kasut bertumit tinggi. (alamak...kalau tak pakai kasut tumit tinggi abis la...saya katik)
So, kalau ada diantara sebab2 diatas anda mengalaminya bermakna anda juga seperti saya mengalami sakit belakang yang boleh mengakibatkan BONGKOK. Jangan pandang remeh pada masalah bongkok tau kerana masalah bongkok boleh mencacatkan penampilan diri anda. Muka dah cantik,body pun cantik tapi bongkok...alahai..



No comments:

Post a Comment