Monday 24 September 2012

Oopps sakit belakang...

As salam pembaca semua...

Kali ini saya nak bercerita tentang punca-punca sakit belakang.Mentang2 la start pakai PB bila diserang sakit belakang baru ada kesedaran dalam diri untuk alert tentang semua ni.Sebelum ni xpandang langsung artikel berkaitan ni...tapi bila dah kena baru nak terhegeh2 cari pasal sakit belakang kan...tabiat manusia...


                                
             
                             mesti kita selalu rasa macam ni kan terutama lepas duduk terlalu lama. Situasi macam ni selalunya kat ofis la.tak kira lelaki atau wanita


Ramai sebenarnya yang masih tidak tau apa yang dilakukan dalam seharian boleh menjadi punca kepada sakit belakang. Moh kita check sama2 samada apa yang kita lakukan hari2 berkait tak..
 
Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:
  1. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik  sesuatu. (saya la tu ) 
  2. Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.  (saya lagi)
  3. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat. (selalu bila balik kg maklum orang teganu)
  4. Berdiri terlalu lama. (yang ni jarang tapi org lain mungkin)
  5. Membawa barang yang beratnya tidak seimbang. (jarang juga)
  6. Duduk membongkok di kerusi. (selalu sangat tanpa sedar)
  7. Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin. (selalu juga..kadang tu tanpa sengaja)
  8. Memakai kasut bertumit tinggi. (alamak...kalau tak pakai kasut tumit tinggi abis la...saya katik)
So, kalau ada diantara sebab2 diatas anda mengalaminya bermakna anda juga seperti saya mengalami sakit belakang yang boleh mengakibatkan BONGKOK. Jangan pandang remeh pada masalah bongkok tau kerana masalah bongkok boleh mencacatkan penampilan diri anda. Muka dah cantik,body pun cantik tapi bongkok...alahai..



Tuesday 11 September 2012

kemeriahan Majlis Penganugerahan SM dan SSM di PGRM 08.09.2012

Alhamdulillah pada sabtu lepas 08.09.2012 sy berkesempatan untuk sama2 meraikan rakan kongsi sy menerima anugerah dr syarikat kami HAIO bersempena pangkatnya sebagai SSM (senior sales manager).Alhamdulillah dalam masa hanya beberapa bulan dalam bisnes ni dia sudah mencapai pangkat SSM.seronok tgk suasana gilang gemilang,semua pakat pakai cantik2,diraikan pula oleh CDM2 dan rakan kongsi.best je rasa...my turn?...hehe..insyaAllah next year..tp bukan hanya SSM...sy akan dapatkan pangkat yg lagi tinggi sebelum tiba tarikhnya...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday 7 September 2012

bagaimana sy bemula

Bagaimana sy mula melibatkan diri dalam biz premium beautiful ni?...semuanya bermula dari APril 2012.Masa tu kwn sy a.k.a leader sy Hida Mat Rani beria ajak jupe sy..memula mcm xnak je sb sy tau mesti minah ni nk pomote kat aku pasal biz dia tu.huh!xnak la aku..dh ler mahal..brg ntah apa2 je.aku kan lurus buat apa pakai korset...giler apa.maka kami pn bertemu la kat Ampang park...pertemuan pertama just borak mcm biasa...maka terjadi pertemuan kedua dan ketiga.Yg ketiga tu la dia mula bercerita ttg biz dia.bukan nk citer produk tp terus citer biz...plan biz.Omang aii minah ni xagak2 tu citer biz terus..bkn nk citer produk ke apa..tp sy just dgr je..ye la dgr modal je dh terkejut beruk jap..jawapan klise masa tu dh tentu "nantilah aku pikirkan". Dan itulah pertemuan last kami..takut beb kang dia ajak jupe lg,paksa2 aku join biz lg..xnak la..aku kan dh ada biz craft..nk wat biz pe lagi..

Benar la kata org..peluang yg baik selalunya dtg tanpa kt jangka,diwaktu kt xduga. Hida xhenti2 bercerita pd sy ttg biz ni..dan sy spt biasa tetap menolak.Last sekali sy mnghadapi kebuntuan dlm kewangan kami.sampai tahap kritikal la...ala2 nk lemas rasanya.Sy telah buat keputusan tekad sy perlukan satu sumber utk bantu sy hadapi mslh kewangan kami.Sy terus jumpa Hida dan serahkan diri bulat2 utk dia bantu sy buat biz ni.Sy tekad berani mati la buat loan sbg modal permulaan biz ni.Sbnya sy nak pulangan yg besar juga..

Bermula dgn hadirkan diri ke kelas,berjumpa dgn senior2 yg berjaya.Banyak sy belajar dr kelas ni...bkn setakat belajar ttg produk je malah strategi pemasaran,etiqa pemasaran, semua diajar...bahkan walaupun kami berlainan kumpulan namun kami bersatu spt adik beradik..

Alhamdulillah sy gembira dgn keputusan sy...sy dpt kecapi kemanisannya berbisnes....kini sy dpt selesaikan masalah kewangan sy...syukur pada Mu Ya Allah kerana membuka jalan ini buatku...syukur...

Tuesday 28 August 2012

Disini bermula cerita...

Akhirnya siap juga sy renovate blog ni..setelah puas tukar sana,adjust sini..kenapa tukar?sb sy perlukan 1 pembaharuan sempena pembaharuan diri sy juga.Perubahan yg ketara sy alami dlm hidup...blog ni juga dorongan dr mentor2 sy sb katanya bila kt ada blog senang kt nk update apa2 brkenaan diri kt.At least kalau bosan boleh jenguk2 sini utk menulis ke,melihat kembali kisah2 lama yg diabadikan disini tak pun boleh jadi rujukan org lain...eh rujukan?hurmmmm nk rujuk apa ye....xpe..sb baru2 lg ni kan so xberapa byk lg story nk diceritakan...nnt kt sambung lg ye

Tuesday 20 December 2011

as salam...

selamat datang ke blog saya yg sudah berwajah baru ni...stress sbb blog kena virus ntah dari mana dtgnya...jadi sy terpaksa tutup blog lama dan wat blog baru ni...Dengan wajah baru,serta penambahan beberapa item baru akan lebih memudahkan lg sy utk berurusan kelak...semoga saya akan mendapat sokongan dari anda semua...terima kasih